Salam Sejahtera dan Selamat datang ke Aura Life Worldwide Sdn. Bhd. (ALIS).
Sebagai permulaan kami di ALIS menyediakan Pelan Pemasaran yang kemas lagi menyeluruh, mudah dan pantas bagi menawarkan pulangan yang lumayan untuk penglibatan anda. Ianya telah diterima baik oleh pakar-pakar industri jualan langsung kerana keseimbangan strukturnya yang menggabungkan ciri-ciri tradisional dan moden.Pengarah Urusan Hj. Alias bin Mat Deros Kami mahu anda yakin dengan ALIS. Ia merupakan strategi yang berkonsepkan penggabungan pemasaran melalui rangkaian (network marketing). Formula pemasaran yang unggul ini memberikan anda satu kelebihan dalam persaingan yang mantap dan pasti. Kekuatan strategi pemasaran ini diperkukuhkan lagi dengan sokongan berterusan dari warga operasi kami yang berpengalaman dan sistem infrastruktur yang lengkap. Satu teras yang penting dalam memenuhi cita-cita anda.Kami akan terus menawarkan barangan yang berinovatif dan bermutu tinggi dari semasa ke semasa. Anda tentu akan bersetuju bahawa apa yang ditawarkan oleh ALIS adalah sesuatu yang memberikan kemudahan, kelebihan dan keselesaan dalam hidup anda dunia dan akhirat. Ingatlah, tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan dan rahsianya tersimpan di dalam diri anda. Kami telah menyediakan landasan dan peralatan untuk ke arah itu. Hanya anda yang boleh menentukan batasannya. Jika anda teruskan semangat juang yang utuh, kami yakin dengan ALIS, pulangan dan kejayaan yang lumayan menanti anda.
SEMOGA BERJAYA DAN BERTEMU KITA DI PUNCAK KEREDHAAN